Sunday, November 22, 2009

ep3

“Aduh.Sakitlah.Hei,kenapa korang nie?Aku tak ada buat apa-apa dengan korangkan?”aku bertanya dengan perasaan marah yang berdongkol di dalam hatiku.”Memang kau tak buat apa-apa salah dengan kita semua.Tapi kau ada buat salah dengan putera sekolah kita.kan?”kata seorang pelajar perempuan dengan penuh perasan yang mengada-ngadanya dan semua pelajar yang lain bersetuju.
Ketika mereka baru ingin mula memukul aku,tiba-tiba mereka semua berhenti dan mereka mula menyorak-nyorak kepada pelajar ynag baru tiba.”F4,F4,F4…”sorak mereka dengan penuh semangat.Pada mulanya aku tidak menghiraukan siapa F4 itu.Tapi,aku mula ingin tahu kerana aku dapati pengaruh mereka kuat kepada pelajar lain.Tiba-tiba aku dapat merasa aura yang aku rasa aku pernah melalui sebelum ini.Aku mendongakkan kepalaku sebaik sahaja aku melihat sepasang sepatu yang mewah dihadapanku.
“HAH!Kau rupa-rupanya”jeritku.lelaki itu hanya tersenyum dan dia berkata.”Memang betul kata orang.Rupanya masih ada lagi yang tak tau tentang kita.Kan Yamoto,Ken,dan Mamoru?”dengan penuh sinis.Aku terus bangun dan aku menjerit di hadapannya.”Aku tak ada masa nak tahu pasal koranglah.bodoh betullah.”Aku terus menolak lelaki yang aku tidak kenal itu dan berlalu pergi.
Apabila aku sampai rumah.aku terus masuk ke dalam bilik dan aku menjerit sekuat hatiku.”ARGHHHHH!!!!”Semua penghuni di dalam rumaku terkejut dan mereka bergegas ke bilikku”Cik muda?Cik muda?Cik muda okay tak?”Tanya ibu Tsukushi dengan penuh risau.Aku agak terkejut apabila aku membuka pintu kerana semua pekerja ada di hadapan pintu dengan wajah yang penuh kerisauan.Aku hanya tersenyum dan aku mengatakan tidak ada apa-apa yang berlaku.Aku ternampak Tsukushi dan aku terus menariknya masuk ke dalam bilikku.Kini aku tinggal di bilikku sendiri dan aku sudah tidak tidur bersama Tsukushi kerana datuk menyuruh aku tinggal di bilik aku sendiri.
“Hey,kenapa nie?”Tanya Tsukushi kepada aku.”Haih...Macam mana nak mulakan.Erm macam nielah.Kau tahu tak apa-apa pasal sekolah aku.Macam orang yang berpengaruh ke,apa ke?” ”Hmm.Ada.Sekolah kau ada sebuah kunpulan yang digelar sebagai F4.kenapa?”katanya selepas aku bertanya kepadanya.Aku tidak menjawab pertanyaannya dan aku terus bertanya apa itu F4 dan apa pengaruh meraka kepada sekolahku.”F4 nie kata pendek bagi Flower 4.Diorang nie budak yang teramat kaya.Ibu bapa mereka selalu memberi derma yang banyak kepada sekolah.Kalau kau nak tahu,mereka tak pernah pakai baju sekolah sejak mereka tadika lagi.Ahli-ahli yang ada ialah,yang pertama Ryu Ken.Dia seorang kaki perempuan.ramai perempuan tak kira muda atau tua dia layan je.bapa Ken nie seorang penjual wain yang terkenal di seluruh pelosok dunia dan bapanya juga merupakan orang –orang bawah tanah.Kalau kau silap buat apa-apa...masaklah kau.Yang kedua,Hanazawa Yamato.dia merupakan bakal pewaris perusahaan teh.Kalau kau nak tahu,teh yang kita selalu minum itu merupakan dari syarikat ayahnya.Dia nie juga seorang kaki perempuan.Tapi dia Cuma berminat yang muda sahaja.Yang ke tiga Chiba Mamoru.Dia merupakan ahli yang paling senyap.Ayahnya mempunyai beberapa syarikat gergasi di luar negara.Pasal Mamoru nie aku tak berapa nak tahu.Yang terakhir ketua mereka Akira Domyonji.Dia merupakan anak kepada syarikat besar Akira Corporation.Dia nie seorang yang amat pemarah.Kalau siapa yang jadi isterinya...habislah.”akhirnya kami ketawa bersama –sama.

No comments:

Post a Comment