Sunday, November 29, 2009

ep 9

Tetapi apabila masing-masing seperti mengenali suara antara satu sama lain,kami serentak melihat muka antara satu sama lain.”KAU!!!”kami berdua menjerit.Orang yang berada disekeliling melihat kami dengan pelik.Aku segera mengubah topik agar tidak nampak janggal.Di perjalanan untuk ke kereta aku berasa amat malu kerana Domyonji berjalan dengan aku tanpa menutup mulutnya.Maksudku dia tidak berhenti-henti bercakap.
Sebaik sahaja aku dan dia sampai ke kereta aku,aku segera mengucapkan selamat tinggal kepadanya.Di rumahku,aku menjerit kegembiraan kerana semua ahli keluargaku telah tiba.Kami menjamu selera bersama-sama.Setelah kami makan malam,datuk ingin seluruh keluarga berada di ruang tamu.Aku ingin tahu apa yang datuk ingin memberitahu kepada kami semua.Sebaik sahaja kami semua berada di ruang tamu,datuk segera memanggil namaku.”Makino,sekarang telah tiba masanya untuk kau tahu siapa tunang kau.”kata datukku tenang.Hatiku berdegup dengan laju mengalahkan kereta F1.Aku bertanya siapakah tunangku dengan tergagap-gagap.”Si..Sii..Siapa tunang saya datuk?”.Datukku tersenyum melihat reaksi dariku.”Kalau Atuk bagi tau kamu mesti kamu tak percaya.macam inilah.Sekejap lagi dia akan sampai.”Aku agak gementar untuk melihat siapakah tunangku itu.
Ibu dan bapaku menyuruh aku pergi menyalin pakaian yang lebih sopan.Di bilik aku terlihat sehelai gaun paras lutut berwarna merah jambu yang sungguh cantik.Aku mengagak bahawa bapaku telah membelikannya untukku.Aku pun memakai pakaian tersebut dan aku berdandan ala kadar sahaja.Setelah siap dengan semuanya,aku pergi ke ruang tamu.Aku mengetuk pintu sebelum aku membuka pintu itu.
Apabila aku membuka pintu dengan perlahan,aku mendengar suara yang amat aku biasa aku dengar.Aku turus membuka pintu dengan laju kerana aku ingin memastikan bahawa tanggapan aku adalah betul.Memang seperti yang aku agak suara itu kepunyaan anak tunggal kepada syarikat besar Akira Corporation.Akira Domyonji.

No comments:

Post a Comment