Sunday, November 29, 2009

ep 8

Yamato tiba-tiba menyuruh aku membuat teh untuk mereka.Aku agak ragu-ragu untuk membuatkan teh untuk mereka.Tetapi dengan cara ini aku dapat menunjukkan kehebatanku.Apabila mereka minum air teh yang aku buat,mereka memuji aku.Yamato berkata kepada kami bahawa dia ingin keluar sebentar.Dia keluar dari bilik dan akhirnya hanya tinggal aku dan Domyonji.Aku menoleh untuk melihat apa yang dilakukan oleh Domyonji.Akhirnya Domyonji dapat apa yang diperkatakan olehnya pada hari itu.Aku telah dicium oleh Domyonji.Aku segera menolak Domyonji.Aku dapat merasakan mukaku berubah menjadi merah.Yamato masuk kembali setelah adegan yang memalukan diriku telah berlalu.Dia melihat aku dengan wajah yang pelik.”Hey.Kenapa muka kau merah semacam?”Soal Yamato kebingungan.Aku hanya menggelengkan kepalaku.Aku amat malu dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.Aku menjeling ke arah Domyonji dan aku tak terkejut dengan reaksinya yang slumber itu.Petang menjelang tiba.Aku meminta izin kepada Yamato untuk pulang.Dia mengucapkan terima kasih kerana sanggup meluangkan masa dengannya.Dia juga mengatakan bahawa dia tidak menyangka aku merupakan seorang yang peramah.
Hari Natal semakin hampir.Aku amat gembira untuk menunggu hari tersebut kerana semua ahli keluargaku akan ada di rumah walaupun untuk seketika.Selepas sekolah,aku meminta pemanduku menghantar aku ke kedai serbaneka.Ketika aku keluar selepas aku membeli barang untuk aku membuat biskut untuk keluargaku aku terlanggar seseorang.”Maaf-maaf.Awak tak apa-apa ke?Maafkan saya”kata aku dengan mengharapkan dia tidak mempunyai sebarang kecederaan.”Kau…Mata letak mana huh?”katanya dengan marahnya.Pada mulanya kami tidak melihat antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment