Sunday, November 29, 2009

ep 7

Ketika kami masuk ke dalam dewan makan,semua pelajar yang lain amat terkejut apabila mereka melihat Domyonji mendukung aku dan membawa aku ke tempat makan peribadi mereka.Apabila aku telah duduk di atas kerusi aku segera ingin bangun dan ingin pergi jauh daripada mereka.Tiba-tiba Domyonji bersuara dengan kuat seperti sengaja ingin semua pelajar tahu”Takkan kau nak tinggalkan tunang kau dekat sini makan dengan teman-teman dia sahaja.Hai...Kesian aku.Tunang sendiri tak mahu makan dengan aku.”
Aku menoleh ke belakang.Aku tidak percaya dengan apa yang aku dengar”Apa kau ulang balik apa kau cakap tadi.”Kata aku berang.Aku tahu bahawa aku telah bertunang tetapi takkanlah mereka bergurau sampai ke tahap sebegini.Domyonji mengulang kata-katanya dengan perlahan.Aku cukup marah dan aku tidak sedar yang aku telah menamparnya dan aku menjerit kepadanya”HEI.Jaga sikit mulut kau itu.”dan aku terus turun dan berlalu pergi dari dewan makan tersebut.
Di bilik air,aku memikirkan kembali aksi-aksi aku tadi.Aku amat terkejut dengan apa yang telah aku lakukan.Ini merupakan kali pertama aku menampar seseorang.Aku keluar dari bilik air dan aku melangkah menuju ke dewan makan semula untuk berjumpa dengam Domyonji untuk meminta maaf.Aku naik ke atas dan aku amat lega kerana Domyonji masih di atas.”Saya minta maaf atas perbuatan saya tadi”kata aku sambil menundukkan kepalaku ke bawah kerana aku takut untuk bertentang mata dengannya.Aku dapat mendengar langkah kasutnya semakin hampir kepadaku dan akhirnya dia betul-betul berhenti di hadapanku.Dia mendongakkan mukaku.Aku melihat di belakangnya tiada seorang rakannya pun berada di situ.
Aku melihat dia kembali.Dia memberikan sebuah senyuman yang menyebabkan aku terpaku.Wajahnya semakin hampir dengan wajahku.Lagi sedikit sahaja lagi dia hampir mencium aku tetapi tiba-tiba terdengar suara Ken memanggilnya.Dia merengus dan dia menyahut panggilan Ken.Dia mengatakan kepadaku bahawa dia akan mendapatkan ciuman itu daripadaku sekali lagi.Setelah dia turun dari tangga dan berjumpa dengan Ken dan berlalu pergi,aku jatuh terduduk dan aku tidak percaya dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.
Hari hari Sabtu.aku bercadang untuk keluar untuk berjalan-jalan.Aku Berjalan kaki dengan penuh genbira kerana pada hari ini sudah pasti aku tidak akan dikacau oleh sesiapa.Ketika aku sedang berjalan-jalan aku terserempak dengan Hanazawa Yamato.Dia juga ternampak aku dan dia segera datang kepadaku dan terus menegurku dan mengajak aku untuk pergi ke upacara minum teh bersamanya.Pada mulanya aku menolak,tetapi apabila aku melihat wajahnya yang hampa aku terus menukar fikiranku dan aku bersetuju untuk pergi bersamanya.Di pesta minum teh aku tidak menyangka bahawa Domyonji ada sekali.”Oh.Makino,kau ada sekali?”tanyanya sebaik sahaja dia ternampak akan aku.Aku hanya menganggukkan sahaja kepalaku.

No comments:

Post a Comment