Sunday, November 29, 2009

ep 6

Musim sejuk telah tiba.Sehingga kini aku tidak mempunyai sahabat dan aku masih tertanya siapa tunangku.Setiap kali aku bertanya kepada datuk siapa tunangku setiap kalilah dia mengatakan aku akan mengetahuinya nanti.Semasa aku di dalam kelas,aku menerima sejambak bunga ros daripada seorang pelajar.Dia mengatakan bahawa ada orang yang menyuruhnya menghantarkan bunga itu kepada aku.Apabila aku bertanya siapa orang itu dia mengatakan bahawa dia tidak boleh memberitahu kepadaku walaupun dia tahu siapa orang itu kerana dia disuruhkan agar tidak memberitahu namanya.Di surat itu aku tidak mendapat sebarang surat ataupun kad.Ini sungguh pelik.
Selang beberapa hari aku mendengar bahawa ada pelajar baru yang bakal belajar di sekolah ini.Aku berharap aku dapat menjadi rakannya.Semasa waktu rehat aku berjumpa dengannya dan aku mengajak dia agar menjadi temanku.Tetapi alangkah hampanya harapanku kerana sikapnya tidakku sangka.aku pergi ke pokok maple.Aku merasakan seperti ingin berhenti sekolah sahaja.Aku merasa seperti ada orang berdiri di hadapan aku.Aku mendongakkan kepalaku untuk melihat siapakah orang tersebut.Orang yang berada di hadapanku rupa-rupanya Domyonji dan Mamoru.Mereka mengajak aku untuk makan tengah hari bersama mereka.Pada mulanya aku menolak dan menolak.Akhirnya Domyonji mengangkat aku dan membawa aku masuk ke dalam dewan makan.Aku merasa pelik bukankah sepatutnya mereka membuli aku ataupun melakukan apa-apa sahaja agar aku menjadi malu.

No comments:

Post a Comment