Sunday, November 29, 2009

ep 5

Di kelas,aku terpaksa bertahan dengan karenah teman sekelasku.Mereka meletakkan bunga kekwa di atas mejaku.Ini menunjukkan seakan-akan aku telah mati.Aku hanya mendiamkan diri dan meletakkan pasu itu di bawah tepi mejaku.Ketika cikgu mengajar di kelas pun mereka sempat membuli aku.
Ketika waktu rehat aku menuju ke pokok maple yang dikatakan di dalam surat dengan senyap-senyap agar tiada sesiapa mengekori diriku.Apabila aku tiba di pakok tersebut aku terperanjat kerana orang yang ingin bertemu dengan aku merupakan salah seorang ahi kumpulan F4.Chiba Mamoru.Apabila dia ternampak aku,dia tersenyum.
“Awak dah dapat bunga daripada saya?”Aku tidak dapat bekata sepatah perkataan tetapi aku hanya menganggukkan kepalaku.”Awak suka dengan bunga yang saya bagi”Aku pelik kenapa dia bertanya sebegitu kepadaku.”Kenapa awak bagi bunga kepada saya?Saya bukannya ada apa-apa hubungan dengan awak.Ni mesti ada sesuatu yang awak nak dari saya.”kataku kepadanya.Dia melihat aku dengan wajah yang pelik dan dia ketawa.”Awak ini peliklah.Saya tak pernah nampak budak perempuan yang macam awak.Saya dapat tahu awak dah bertunang dengan seseorang.sebab itulah saya bagi awak bunga itu.Saya ingin mengucapkan tahniah.”Aku merasa pelik macam mana dia boleh tahu yang aku telah bertunang dengan seseorang.Walhal aku sendiri tidak tahu siapakah tunang aku.
“Dari mana awak tahu saya dah bertunang?”Aku perlu penerangan yang sebenar.”Awak tak tahu siapa tunang awak ke?”Aku hanya menggelengkan kepalaku.
“Oh iya ke...Maaf saya ingat awak tahu siapa tunang awak.”katanya singkat”Awak tahu ke siapa tunang saya?”dia hanya mengangguk akan kepalanya.Apabila aku ingin mengetahui siapa tunangku.Dia kata kepadaku bahawa aku akan tahu sendiri siapa tunangku itu nanti.
Hish.Kenapa tak ada orang yang nak bagi tahu aku siapa tunang aku.Sanbil aku memikirkan hal tersebut,aku terlanggar Domyonji sekali lagi dan sekali lagi aku terjatuh.Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan.Adakah aku patut meminta maaf ataupun bangun dan terus berlalu pergi.Aku terkejut kerana Domyonji menghulurkan tangannya kepadaku.Mula-mula aku agak ragu-ragu untuk menyapai tangannya.Tetapi apabila aku melihat wajahnya yang ku lihat seakan-akan tulus untuk membantuku,aku menyapai tangannya tanpa berfikir panjang.Ketika dia menarik tanganku untuk bangun,tiba-tiba secara tidak sengaja kakiku tergelincir dan aku terpeluk Domyonji.Aku kaku.Aku merasa seperti dia membalas pelukanku.Aku berasa sungguh malu dan aku segera menolak tubuhnya dan aku berlari menuju ke pokok maple yang kini menjadi tempat aku meluahkan perasaanku.Aku sedar selama ini aku tidak mempunyai seorang teman di sekolah ini.Aku sedar bahawa aku kesunyian dikala aku di sekolah ini.

No comments:

Post a Comment