Thursday, November 26, 2009

ep 4

Di bilik air aku memikirkan semula kata-kata Tsukushi.Rupa-rupanya aku telah mencari masalah dengan orang yang bukan calang-calang latar belakangnya.Selesai sahaja aku mandi aku kaluar dari bilik air.setelah siap aku berpakaian pakaian malamku,pintu bilikku diketuk sebanyak tiga kali.Aku membuka pintu bilikku.Rupa-rupanya ibu Tsukushi yang mengetuk pintu bilikku.Dia mengatakan bahawa datuk dan nenekku berada di bilik makan.Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar.Aku terus berlari menuju ke bilik makan dan aku terlihat datuk dan nenekku tersenyum apabila mereka melihat wajahku.”Datuk,nenek.Bila datuk dan nenek sampai?”Tanya aku dengan penuh persaan gembira.”Baru sahaja”jawab nenekku singkat.Kami makan malam bersama-sama.Kami bergurau senda,dan berkongsi cerita.Kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu termasuk juga ibu Tsukushi,kerana datuk mangatakan dia ingin mengatakan sesuatu yang amat penting kepada kami semua katanya.Nenek juga menganggukkan kepalanya nenunjukkan dia bersetuju dengan kata-kata datuk.
“Kenapa tuan menyuruh saya sekali berada di sini?”Katanya inginkan penjelasan.Aku pun mengangguk-anggukkan kepalaku tanda setuju.”Macam nie ceritanya.Datuk dan nenek dah ikatkan talian pertunangan kamu dengan seseorang,Makino.”kata datukku tenang.”HAH!Apa?Saya dah ikat pertunangan dengan seseorang?”Tanya aku.Aku tidak percaya dengan apa yang dikatakan oaleh datukku itu.Aku bertanya kepada nenekku untuk mendapat kepastian.Nenekku hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.Apabila aku ingin tahu siapakah tunangku itu,datukku kata belum tiba masanya untuk aku tahu.
Dibilik aku tidak dapat tidur.Kata-kata datuk berpusing-pusing di mindaku.Akhirnya aku tidak sedar bila aku tertidur.Aku terjaga apabila aku terdengar jam locengku berbunyi.Aku segera bersiap untuk ke sekolah.Aku sempat bersarapan dengan datuk dan nenekku sebelum mereka pulang tengah hari nanti.Aku pergi ke sekolah dengan perasaan ragu-ragu kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku kerana aku telah menjerit kepada ketua kumpulan F4.Aku melalui koridor dengan perlahan.Aku takut untuk cepat sampai ke lokerku dan aku takut untuk sampai ke kelas.
Tapi apabila aku fikirkan kembali,aku tidak membuat salah apa-apa pun.Maka aku mempercepatkan perjalanan aku.Apabila aku membuka lokerku,aku terkejut kerana di dalam lokerku terdapat banyak kuntuman bunga ros.Aku merasa pelik.Aku mengambil semua bunga dan meletakkannya di bawah lantai dan aku ternampak sepucuk surat di antara bunga-bunga tersebut.aku mengambilnya dan aku membacanya.Di surat itu menyatakan dia ingin berjumpa denganku di sebuah pokok maple di belakang sekolah.Aku menyimpan surat itu.

No comments:

Post a Comment