Sunday, November 15, 2009

ep 2

“Cik muda,kita dah sampai di sekolah.”Kata pemanduku.Aku agak terkejut kerana aku tidak sedar bila aku telah sampai ke sekolah.
“Terima kasih ya.Nanti petang ambil saya di tempat biasa.Hari ini saya ingin makan di luar selepas sekolah ya.”Kataku kepadanya sebelum aku menutup pintu kereta.
Aku berlari menuju ke lokerku kerana aku ingin cepat agar aku tidak perlu berjumpa dengan pelajar-pelajar yang lain.Sedang aku berlara,tiba –tiba aku terlanggar seorang pelajar.Pelik.Kerana pelajar itu tidak memakai pakaian sekolah.Aku segera meminta maaf dan aku terus beredar.Pelajar itu melihat aku sehingga aku hilang dari pandangannya.
Pengalaman hari ini agak pelik.Aku ingin tahu siapakah pelajar itu kerana ini merupakan pertama kali aku bertemu dengannya.Hhmm...Hari ini aku tidak juga bertemu dengan Nanba senpai.Tiba-tiba
“Eh kau tahu tak Nanba senpai digantung sekolah sebab nak cakap pasal kumpulan F4 pada seorang pelajar baru...Kesian dia.Hahahaha.”Kata pelajar perempuan kepada rakan-rakannya.Mereka pun sama-sama ketawa.
Apa itu F4?Siapa ketuanya?Hish geramnya aku.Hanya sebab itu sahaja nak gantung orang sesuka hati.Desis hatiku.Ketika aku berjalan ingin keluar dari sekolah,lagi sekali aku di langgar oleh orang yang sama.
“HOI!Tak Nampak ke orang tengah lalu?Mata kau kat mana?”Katanya dengan nada yang kuat.Aku yang terjatuh dia pulak yang bising.Huh.Aku bangun dan aku terus berlalu tanpa mengucapkan maaf kepadanya.Pedih hatiku apabila ada orang sebegini.
Musim panas telah lama berlalu.Sepanjang musim itu aku dapati seperti aku sering diperhatikan oleh seseorang.Aku mendapat khabar bahawa Nanba senpai telah bepindah sekolah di luar negara.Aku membuka pintu lokarku dan aku terkejut kerana aku mendapat sepucuk kad hitam yang bertulis “FROM F4” yang berwarna merah.Aku tidak tahu menahu apa itu F4.Jadi aku buat tidak tahu sahaja.Tapi aku terdengar ada pelajar menjerit menghebahkan yang aku telah mendapat kad merah tersebut.Aku mengeluh dan aku teruskan perjalanan aku untuk menuju ke kelas.Apabila aku pusing ke belakang,aku dapati aku aku telah dikepung oleh pelajar-pelajar yang aku tidak kenal.
“Apa dia?”aku bertanya kepada meraka.Tapi mereka hanya tersenyum dan mereka terus mengangkat aku dan membawa aku pergi ke dewan makan.Apabila mereka sampai di dewan makan,aku dicampak ke lantai.

No comments:

Post a Comment