Sunday, November 29, 2009

ep 13

Dia memanggil aku dan Domyonji ke atas pentas.”Para hadirin sekalian,saya amat berterima kasih atas kehadiran anda semua.Saya juga ingin mem beri kejutan kepada anda semua.Di sini, gadis ini merupakan saudara saya yang amat saya kasihi.Kami bagaikan isi dengan kuku.”kata Sakurako dengan tenang.Semua tetamu terutama pelajar-pelajar dari sekolahku amat terkejut.Mereka berbisik-bisik menyebabkan aku berasa amat malu.Aku ingin turun dari pentas.Tetapi tangan aku dipegang erat oleh Domyonji.Aku terkedu.Kelakuan Domyonji menggamitkan keadaan.Mereka semakin ingin tahu apakah hubungan antara aku dan Domyonji.
“Saya ingin memberitahu kepada anda semua bahawa Encik Domyonji dan saudara saya,Makino telah bertunang beberapa bulan yang lepas.Saya amat gembira dengan berita ini.Saya berharap agar tiada sesiapa yang ingin cuba memporak-perandakan hubungan pertunangan mereka.Jika ada yang melakukannya,alamatnya anda sendiri yang fikirkan.”kata Sakurako dengan tenang.Domyonji memeluk aku dengan spontan dan dia juga mencium dahiku di hadapan khalayak ramai.Aku amat malu dengan kelakuannya.Walaupun aku malu,aku membalas pelukannya.
Beberapa bulan telah berlalu.Kehidupan aku kini lebih selesa kerana hidupku kini sentiasa dilindungi oleh orang yang aku cinta tanpaku sedari.Dia merupakan seorang yang pemarah,pentingkan dirisendi.Dia adalah Domyonji.Aku semakin cintakannya kerana setiap hari dia akan membalaiku dengan penuh kasih sayang.Aku kini amat takut jika aku kehilangannya pada suatu hari nanti.
Aku berharap agar cinta kami bahagia sampai bila-bila.Satu hari Domyonji membuat satu kejutan untuk aku.Dia membawa aku ke sebuah restoran yang amat terkenal dan dia mengajak aku berkahwin dengannya.Aku menitiskan air mata gembira kerana aku tidak menyangka bahawa dia akan membuat kputusan sebergitu.Kini aku pasti bahawa cinta kami pasti akan berkekalan sehingga akhir hayat kami.Cerita ini aku inginkan ia menjadi sebuah memori indah buat semua yang inginkan cinta yang indah.Maka aku membuat sebuah buku tentang kisah cinta kami dan Domyonji pula telah menjadi seorang yang amat penting bagi negara Jepun.

No comments:

Post a Comment