Sunday, November 29, 2009

ep 12

“Malam ini jangan lupa datang ke rumah kakak.Ada jamuan malam kepulangan kakak.”kata Sakurako sambil memegang bahuku.Aku melihat wajahnya.Aku terlihat cahaya harapan untukku datang amat menyerlah.Aku menganggukkan kepalaku menunjukkan bahawa aku setuju untuk datang ke parti tersebut.Di rumah aku memilih pakaianku.Aku memilih gaun hitam ketat yang menunjukkan bentuk tubuh badanku yang ramping.Baju itu merupakan pemberian Kak Sakurako kepada aku semasa hari lahirku yang lalu.Aku mengenakan kasut tinggiku berketinggian empat inci untuk aku kelihatan tinggi.
Pada malam itu aku memandu sendiri keretaku.aku mengatakan kepada pemanduku bahawa aku ingin memandu sendiri pada malam itu.Hatiku berlagu riang kerana aku akan berjumpa lagi sepupuku yang telah lama kami tidak berjumpa.Aku tiba agak lewat kerana kesesakan lalu lintas yang meng akibatkan aku terpaksa bersabar.
Aku berjalan di sekeliling kawasan rumah Sakurako.Rumah yang telah lama aku tidak kunjungi.Terasa nostalgia antara aku dan Sakurako.Ketika aku sedang berjalan-jalan,aku terlanggar seseorang.Orang yang aku langgar itu rupa-rupanya pelajar dari kelas sebelah.Aku tidak tahu bahawa semua pelajar di sekolahku dijemput hadir ke parti ini.
Mereka melihat aku seperti mereka tidak mengenali aku.Huh.Macamlah mereka itu bagus sangat.Salah seorang daripada mereka datang ke arah aku.Di tangannya ada gelas yang terisi air.Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak aku ingini akan berlaku.Tekaan aku amat tepat sekali kerana dia mencurahkan air yang tedapat di dalam gelas itu ke atas kepalaku.
“Hei apa nie?”jeritku.
“Apa kau buat kat ssini?.Ini untuk orng-orang ternama macan kami sahaja yang layak datang ke sini.Kau mana layak.Bukan kau anak orang miskin ke?”perli mereka sambil ketawa terbahak-bahak.Tiba-tiba Kakak Sakurako muncul di belakang mereka.
“Hai.Buat apa ramai-ramai kat sini.Oh,Makino.kat sini kamu rupanya.Puas kakak cari kamu.Ini,Domyonji nak berjumpa dengan kamu.”kata Sakurako dengan penuh makna.
Aku pegi menuju ke arah Domyonji.Dia terkedu melihat aku.Dia seperti tidak pernah nampak aku sebelum ini.Dia terpinga-pinga melihatku.Aku bertanya kepadanya kenapa dia ingin berjumpa dengan ku.Dia masih di alam mayanya sehingga aku menepuk sedikt bahunya.Dia terkejut dengan pukulan aku sehingga aku juga terkejut sedikit dengan reaksinya
“Domyonji.Kenapa awak panggil saya?”soalku sekali lagi kepadanya.Dengan berwajah pelik dia menjawab”Mana ada aku panggil kau”.Aku menoleh ke arah Sakurako.Dia tersenyum yang memberi penuh makna.Dia berjalan ke tengah pentas untuk menarik perhatian semua tetamu.Dia ingin membuat pengumuman.Aku ingin tahu apakah yang ingin diberitahunya.

No comments:

Post a Comment