Sunday, November 29, 2009

ep 11

Selepas beberapa hari telah berlalu dan aku tidak pernah terserempak dengan Domyonji hatiku amat lapang.Tapi setiap kali aku pergi ke kelas aku tidak sah jika aku tidak dibuli oleh mereka.Aku merasakan hubungan pertunangan antara aku dan dia tiada siapa pun yang tahu selain teman-temannya.Aku amat lega kerana pasti kalau mereka tahu pasti mereka akan melakukan perkara yang lebih teruk.Ketika aku sedang berjalan-jalan di kawasan pokok maple,aku ternampak ada kelibat seseorang.Aku mengekori kelibat itu.Aku terkejut kerana aku ternampak Mamoru sedang berjumpa dengan seseorang yang amat aku kenali.Orang dia jumpa itu adalah sepupuku yang berada di Kanada. Touho Sakurako.Dia seorang amat aku kagumi.Ini kerana dia sering memberi aku semangat.
Aku tersilap langkah dan aku jatuh tersungkur.Mamoru dan Sakurako menoleh ke arah aku.Mereka ketawa kerana aku terjatuh dalam keadaan yang amat memalukan.Aku bangun dibantu oleh Sakurako dan Mamoru.Aku masih terkejut kerana Sakurako kini berada di hadapanku.Sakurako tersenyum dan memeluk aku.Aku membalas pelukannya setelah aku tergamam seketika.
“Apa Kak Sakurako buat di sini?”Tanya aku menginginkan penerangan.”Tak ada apa-apa.Saja pulang.Nak tengok sekolah lama kakak,teman lelaki kakak yang comel ini.”katanya sambil mencubit pipi Mamoru.”HAH!Kakak bercinta dengan Mamoru?”kataku tidak percaya.Mamoru hanya menganggukkan kepalanya.Menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Sakurako adalah betul.

No comments:

Post a Comment