Sunday, November 29, 2009

ep 10

Aku amat terkejut.Selama ini aku hanya menyangka dia hanya begurau denganku kerana aku pernah mendapat kad amaran daripada mereka.Selain daripada itu dia tidah pernah mengatakan bahawa dia telah membatalkan perjanjian permainan antara aku,dia,Ken,Yamato dan Mamoru.Aku ingin lari daripada dia tetapi ibuku menarik aku dan menyuruh aku berkenalan dengannya.Aku baru teringat bahawa aku telah mengenali lelaki ini lebih awal dari mereka.
Aku terpaksa berlakon dengan keluargaku yang aku tidak mengenalinya.”Hai.Apa khabar.”kataku singkat.Aku terus meluruke sebelah ibuku.Aku berlagak seperti aku malu dengannya.Tetapi pada hakikatnya aku memang malu dengan Domyonji kerana insiden semalam.Aku melihat Domyonji hanya membuat muka sahaja.Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami.Dia rancak berbual dengan bapa dan datukku.Mereka berbual hingga mereka bergelak ketawa.Semasa mereka semua ketawa Domyonji sempat bermain mata dengan aku.HUH.Benci.Kenapa aku perlu bertunang dengan orang sepertinya?

No comments:

Post a Comment