Sunday, November 15, 2009

ep 1

“MAKINO!!!!Bangun.Sudah pukul berapa sekarang?”

Jerit teman bilikku.Tsukushi.Aku melihat jam dinding di bilik kami.

Ya tuhanku!Aku dah lambat untuk ke kelas.Hari ini merupakan hari pertamaku ke sekolah baru.Osaka Gakuen nama sekolah baruku.Aku baru berpindah ke Jepun semula setelah lama aku tinggal di U.S.A bersama nenek dan datukku.

Ibu bapaku bekerja di luar negara.Mereka jarang pulang ke Jepun.Aku tinggal di rumahku bersama teman rapatku sejak kami kecil.Datukku merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal.Tapi aku tidak menghebah-hebahkan bahawa aku seorang anak orang kaya.Ini kerana aku ingin hidup seperti orang lain.Ibu Tsukushi merupakan pembantu rumah datukku.Maka sebab itulah aku menganggap Tsukushi sebagai teman rapatku yang aku anggap seperti adikku sendiri.

“Terima kasih,makcik.Saya pergi dahulu.”kataku kepada ibu Tsukushi.

“Hati-hati jalan.Jumpa nanti petang.”jawabnya.

Hari ini sungguh indah.Angin bertiup bersepoi-sepoi bahasa.Ini menunjukkan bahawa musim panas semakin hampir.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

Aku amat terkejut dengan apa yang aku lihat.Rupa-rupanya Osaka Gakuen merupakan sekolah anak-anak orang kaya.Aku tidak menyangka aku terpaksa pergi ke sekolah ini.Aku dapat menjangka bahawa pelajar-pelajarnya pasti berlagak.

“ARGHH!!!Kenapa ibu dan ayah suruh aku masuk ke sekolah ini?Aku ingin pergi ke sekolah orang biasa.....Kenapa mereka harus bersetuju dengan kata-kata atuk dan nenek...”

Aku terpaksa pergi ke kelas dengan berat hati.Tiba-tiba,bahuku di tepuk oleh seseorang.Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah yang menepuk bahuku.

“Hai Makino.Sudah lama kita tidak berjumpa.”katanya.

Alangkah terkejutnya aku.Rupa-rupanya orang yang menepukku ialah Nanba senpai.Dia merupakan teman sepermainan aku ketika aku kecil.

“Oh Nanba senpai rupa-rupanya.Eeeehhhh............Nanba senpai belajar kat sini?”

“Ha’ah.Tahun ini tahun terakhir.Hai pelik...Kenapa kau ada kat sini?takkan kau belajar kat sini kot?”Tanya Nanba senpai dengan pelik.

“Oh begitu rupanya.Ya.Saya kena belajar dekat sini.Atuk dah daftarkan nama saya kat sini nak buat macam mana...”

“Begitu rupa-rupanya...okaylah walaubagaimana pun aku ucapkan selamat pulang.Dan lagi satu hal yang kau perlu tahu tentang sekolah nie.Sebab sekolah ini lain daripada sekolah yang lain.”

“Terima kasih.Apa yang perlu saya tahu tentang sekolah ini?Adakah sekolah ini pelik?Atau pun berhantu?”Tanyaku dengan penuh perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

“Hhmmm...Macam mana nak bagi tau kat kau ek...Macam nielah.Apa kata kita jumpa selepas sekolah sahaja.”

Aku merasa pelik kenapa Nanba senpai tidak mahu memberitahu aku di sekolah.Ah,biarkanlah dulu.Bukankah dia akan memberitahu aku selepas sekolah.Aku pun pergi ke pejabat untuk melaporkan kehadiran aku kepada pengetua sekolah.

Aku kini berada di hadapan kelasku.Guru kelasku menyuruh aku berada di sini sebelum aku dipanggil masuk olehnya.Hati aku agak gementar.Aku tidak tahu apakah reaksi mereka.Aku menarik nafas dalam apabila namaku dipanggil olah guru kelasku.Tanpa melengahkan masa aku meluru masuk ke dalam kelasku.

Kelas yang bising menjadi senyap secara tiba-tiba sebaik sahaja aku masuk ke dalam kelas.

“Nama saya Matsumoto Makino.Selamat berkenalan.”

“Aku ingatkan anak orang putih datang belajar di sekolah kita.Tapi apa yang kita dapat...Anak jati jepun yang tinggal di luar negara”kata seorang pelajar di kelasku.

Semua pelajar mentertawakan aku.Aku agak berang dengan perangai mereka.Hari pertama datang kelas sudah diperli.Aku tidak menghiraukan ejekan mereka.Aku terus berjalan pergi ke mejaku.

Hari ini merupakan hari kedua aku pergi ke sekolah.Aku pelik .Semalam Nanba Senpai ingin berjumpa denganku selepas sekolah tetapi aku telah menunggunya sehingga agak lewat malam tetapi dia tidak muncul.Aku tertanya –tanya kenapa dia tidak berjumpa dengan aku sengga aku tidak sedar yang aku telahpun sampai ke perkarangan sekolah.

2 comments:

  1. u ada bakat yg sangat luar bisa...great..saya x sabar tnguu next chapter...

    ReplyDelete
  2. ni cite hana yori dango...rajennye...gud!

    ReplyDelete